PECAH
Publisher: Fixi
About This Book
Pecah'Bank CIMB Shah Alam' simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.'Rumah Seri Memori' simpan warga emas. Bakar -- sang penghuni dimamah dosa –- tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya -– sang jururawat -– dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.'Hospital Tengku Ampuan Rahimah' simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.____________________Novelis : Khairulnizam BakeriKhairulnizam Bakeri dilahirkan di Kelantan. Kini kerap ulang-alik Machang – Shah Alam. Untuk apa? Cari hidup dalam dunia, cari dunia dalam hidup. Aktif dalam bidang pengucapan awam, khususnya debat. Pemilik blog Salah Taip (salahtaip.blogspot.com) dan pengicau acap di alam 140 aksara, Twitter (@nizambakeri). Percaya bahawa bahasa bukan untuk dilacur, bahkan untuk dilabur dan dilakur, agar jadi milik semua. Ya, termasuk kamu.Fotografi : Danny LimModel : DewaPerunding : Azwan Ismail & Richard WongCetakan Pertama : Mei 2011Cetakan Kedua : Februari 2012
ISBN: 9789671038413
Unlock Exclusive Content
Experience the hidden layers of 'PECAH'. Scan the book cover with the Appilog mobile app to see behind-the-scenes videos, author reviews, and interactive digital stories.
Available on iOS & Android

